Wednesday, October 14, 2009
POLITIK LAKONAN
1. Sebenarnya apa yang sedang berlaku dalam politik Malaysia masakini ialah semua parti berada dalam keadaan maha kalam kabut. Semuanya ada masalah dan krisis dalaman masing2. Tidak kira sama ada di kalangan komponen BN atau PR. Cuma yang agak bezanya ialah cara komponen BN menghadapi krisis mereka agak lebih telus dan tersusun. Sebab itulah masalah BN nampak jelas. 2. Namun oleh kerana BN parti pemerintah maka berbagai pihak termasuk pembangkang dan pihak luar, termasuk negara2 jiran kita telah mengambil kesempatan untuk mengsensasikan lagi isu dan krisis BN agar menunjuk BN sedang menghadapi kehancuran. Tapi pada hakikatnya ia tidaklah seteruk seperti yang digambarkan.3. Sebenarnya parti2 lain dalam PR menghadapi masalah yang lagi maha kalam kabut. Tapi mereka bijak menyembunyi krisis mereka ke bawah karpet. Mereka ini dah biasa dengan lakonan palsu.Mereka boleh buat muka toya walau seteruk mana masalah mereka. Cara lakonan ini patut dipuji, tapi jangan diikut oleh komponen BN. Mereka terpaksa berlakon bagi menyakinkan penyokong supaya terus menyokong mereka yang kononnya terus bersatu dan mengharapkan rakyat menolak BN yang berkrisis semasa PRU 13 nanti. 4. Lihat sahaja apa yang sedang berlaku di Selangor. Krisis yang sedang dihadapi diantara Pas dan PKR/DAP adalah sangat serius. Ia melibatkan ideologi dan maruah parti. Tapi kerana mereka pandai berlakon maka mereka sanggup "selesaikan" masalah di bawah karpet. Kita tengok lama mana PAS boleh tahan dengan lakonan palsu mereka. 5. Lakonan parti PR ini akan sampai ke kemuncaknya jika mereka menang dalam PRU 13 nanti. Tatkala itu segala sampah sarap di bawah karpet mereka akan meletup. Masing2 akan cuba menjatuh antara satu sama lain menjejar jawatan, kuasa dan menegak ideoloji masing2 yang selama ini mereka pendamkan. Pada masa itu rakyat pula akan jadi maha kalam kabut dan negara akan hancur. Inilah akibat perjuangan secara lakonan palsu dan bukan berjuang secara tulen.
Subscribe to:
Comments (Atom)